Monday, June 29, 2015

Tempahan Biskut Raya 2015

Jemput ke laman Horn Bill Bakeshop untuk membuat tempahan biskut raya anda.


























Friday, July 22, 2011

Kek Lapis Masam Manis


Resepi kek lapis masam manis ini mengandungi sedikit biskut cream cracker. Selain dibakar, adunan kek ini juga boleh dikukus. 


Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan biskut cream cracker (dikisar halus)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 tin susu pekat manis 
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya:
  1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu-persatu. 
  3. Masukkan ovalette dan adun hingga sebati.
  4. Ayak tepung gandum, baking powder dan cream cracker. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan mentega tadi. Pukul dengan kelajuan sederhana hingga sebati.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Adun hingga sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan ikut suka.
  7. Sediakan loyang empat segi(9" X 9"). Lengserkan loyang dengan mentega dan alas bahagian bawah dengan kertas minyak.
  8. Panaskan oven terlebih dahulu. (Jika menggunakan oven elektrik, suhu adalah 190 darjah C)
  9. Masukkan lapisan pertama kedalam loyang. Masukkan 2 senduk untuk setiap lapis. Bakar selama 5 minit atau sehingga permukaan bewarna sedikit perang. Susun hawflakes dipermukaannya.
  10. Untuk lapisan pertama, gunakan api atas dan bawah. 
  11. Setelah masak lapisan pertama, masukkan lapisan keduan dan susun hawflakes diatasnya.
  12. Masak setiap lapisan berselang-seli hingga habis. Gunakan fungsi gril sahaja.
  13. Selepas masak, sejukkan kek dahulu sebelum memotongnya.
Adunan kek dibahagikan kepada dua bahagian.
Masukkan dua senduk adunan dan susun hawflakes.
Setelah masak, masukkan lapisan seterusnya.
Alat penekan besi untuk meratakan lapisan kek.




 Resepi asal: Borneo Delights

Sunday, August 22, 2010

Senarai Kek Utk Tempahan Raya 2010

Kek Hati Pari (RM 65)

Kek kukus Hati Pari ini diadun khas dengan buah black current, horlicks dan coklat..
Saiz: 9" X 9"


Kek Lapis Prune (RM 70)

Kek dilapisi dengan buah prune dan diadun dengan rempah kek lapis.
Saiz: 9" X 9"


Kek Lapis Coklat Cadbury (RM75)

Kek ini dilapisi dengan coklat cadbury mini serta diadun dengan coklat cair.
Saiz: 9" X 9"


Kek Lapis Horlicks Milo (RM75)

Kek ini diadun dengan Horlicks dan Milo yang dilapis berselang seli.
Saiz: 9" X 9"


Kek Lapis Nescafe (RM60)

Setiap lapisan kek diselang selikan dengan perasa Nescafe dan pandan
Saiz: 9" X 9"


Kek Lapis Tembikai (RM 65) 

Kek dilapis dgn kismis dan berperisa pandan & vanila. 
Saiz: 9" X 9" 


Kek Lapis Sarawak Asli (RM60) 

Kek ini berperisa vanila.
Saiz: 8 1/2" X 8 1/2"