Friday, July 22, 2011

Kek Lapis Masam Manis


Resepi kek lapis masam manis ini mengandungi sedikit biskut cream cracker. Selain dibakar, adunan kek ini juga boleh dikukus. 


Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan biskut cream cracker (dikisar halus)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 tin susu pekat manis 
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya:
  1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu-persatu. 
  3. Masukkan ovalette dan adun hingga sebati.
  4. Ayak tepung gandum, baking powder dan cream cracker. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan mentega tadi. Pukul dengan kelajuan sederhana hingga sebati.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Adun hingga sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan ikut suka.
  7. Sediakan loyang empat segi(9" X 9"). Lengserkan loyang dengan mentega dan alas bahagian bawah dengan kertas minyak.
  8. Panaskan oven terlebih dahulu. (Jika menggunakan oven elektrik, suhu adalah 190 darjah C)
  9. Masukkan lapisan pertama kedalam loyang. Masukkan 2 senduk untuk setiap lapis. Bakar selama 5 minit atau sehingga permukaan bewarna sedikit perang. Susun hawflakes dipermukaannya.
  10. Untuk lapisan pertama, gunakan api atas dan bawah. 
  11. Setelah masak lapisan pertama, masukkan lapisan keduan dan susun hawflakes diatasnya.
  12. Masak setiap lapisan berselang-seli hingga habis. Gunakan fungsi gril sahaja.
  13. Selepas masak, sejukkan kek dahulu sebelum memotongnya.
Adunan kek dibahagikan kepada dua bahagian.
Masukkan dua senduk adunan dan susun hawflakes.
Setelah masak, masukkan lapisan seterusnya.
Alat penekan besi untuk meratakan lapisan kek.




 Resepi asal: Borneo Delights

1 comment:

  1. Betting & Sportsbook Review | Betting On Sports Legally In
    This cerakote titanium comprehensive review of Betting & Sportsbook covers everything you need to know to maximize the experience. We look babyliss pro nano titanium hair dryer at the sportsbook, online titanium mens wedding bands sports titanium or ceramic flat iron betting, gold titanium alloy

    ReplyDelete