Resepi kek lapis masam manis ini mengandungi sedikit biskut cream cracker. Selain dibakar, adunan kek ini juga boleh dikukus.
Bahan-bahan:
- 500g mentega (suhu bilik)
- 1 cawan gula halus
- 10 biji telur (gred A)
- 1 sudu makan ovalett (sponge cake stabilizer)
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan biskut cream cracker (dikisar halus)
- 1 sudu teh baking powder
- 1 tin susu pekat manis
- 1 sudu teh esen vanila
Cara Membuatnya:
- Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
- Masukkan telur satu-persatu.
- Masukkan ovalette dan adun hingga sebati.
- Ayak tepung gandum, baking powder dan cream cracker. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan mentega tadi. Pukul dengan kelajuan sederhana hingga sebati.
- Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Adun hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan ikut suka.
- Sediakan loyang empat segi(9" X 9"). Lengserkan loyang dengan mentega dan alas bahagian bawah dengan kertas minyak.
- Panaskan oven terlebih dahulu. (Jika menggunakan oven elektrik, suhu adalah 190 darjah C)
- Masukkan lapisan pertama kedalam loyang. Masukkan 2 senduk untuk setiap lapis. Bakar selama 5 minit atau sehingga permukaan bewarna sedikit perang. Susun hawflakes dipermukaannya.
- Untuk lapisan pertama, gunakan api atas dan bawah.
- Setelah masak lapisan pertama, masukkan lapisan keduan dan susun hawflakes diatasnya.
- Masak setiap lapisan berselang-seli hingga habis. Gunakan fungsi gril sahaja.
- Selepas masak, sejukkan kek dahulu sebelum memotongnya.
Adunan kek dibahagikan kepada dua bahagian. |
Masukkan dua senduk adunan dan susun hawflakes. |
Setelah masak, masukkan lapisan seterusnya. |
Alat penekan besi untuk meratakan lapisan kek. |
Resepi asal: Borneo Delights